Saturday, 20 August 2011

~KUCING AKU DAH BESAR~

hai semua..
dah lama tak menulis di sini.
rindu rasanya nak berkongsi cerita (@_@)

dulu aku ada cerita tentang anak kucing aku yang baru dilahirkan [sini]
hari ni aku nak tujuk perkembangan kucing-kucing kesayangan aku tu

disebabkan agak lama aku tak balik ke rumah
perkembangan kucing-kucing tu aku tak berapa tahu sangat
sekali aku balik......tengok-tengok 4 ekor  tu dal besar dan makin buas
time kucing-kucing tu aktif habis satu rumah jadi tempat main...
memang riuh macam dalam rumah tu ada budak kecil ja..

time makan lagi la bising...
lagi tak dapat lagi meragam
pening pening

nak tengok kucing-kucing aku???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
tada


p/s : kucing aku letih study sejarah + mat = tidor

Tuesday, 2 August 2011

~RAMADAN SENTIASA MENGUJI DIRIKU~

alhamdulillah aku masih bernyawa untuk merasai nikmat ramadan pada kali ini

ramadan kali ini aku sambut dengan kesedihan lagi..berita yang aku terima amat membuatkan aku terkilan..seorang yang aku menumpang kasih setelah pemergian abah aku pada 14 ramadan 2 tahun dahulu kini telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga..ahad minggu lepas aku dan keluarga pergi melawat pak jang(adik kepada arwah abahku) yang kini makin teruk penyakitnya di Island Hospital Pulau Pinang...
sayu hati aku tengok keadaan pakjang..percakapannya sedah terbatas..pergerakannya pun dah tak selincah dulu..

ya Allah..kau uji ramadanku sebegini rupa..aku terima..tapi tolong jangan Kau uji dengan perpisahan..aku tak sanggup hadapinya lagi..

;(

Sunday, 31 July 2011

~OTAK : CIKGU~

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
......Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada

Friday, 15 July 2011

~MY STORY~

HAI..
dah lama aku tak post apa-apa di sini..
sorry ya..aku tak nak nanti ada yang cakap aku hangat-hangat tahi ayam ja dengan blog ni..
sebenarnya aku agak sebuk dan tak da idea nak tulis..

tapi malam ni aku nak tunjuk apa yang aku buat sampai blog aku jadi sunyi =)


aku p tengok robot besar kat belakang tu
dengan member kelas
di JITRA mall dan ronda-ronda 1 Alor Setar


terpaksa p kem bomba selama 3 hari 2 malam
walaupun buat dalam UiTM saja
tapi ianya sangat BEST!!


panjat Gua Sami @Gua Cenderawasih
bersama my friend



* sememangnya aku adalah kaki jalan..kalau boleh semua tempat aku nak pergi..(@_@)

Saturday, 25 June 2011

~TEST PERASAAN DGN NOVEL~

HAI SEMUA..

sihat? kalua x sihat cepat2 pergi hospital yee
jaga kesihatan tu penting untuk diri sendiri...
dan penting juga untuk mak bapak..
kalau x sihat nanti habis duit diorang untuk bayar duit beli ubat..

pernah baca novel?
kalau perempuan tu selalunya memang suka baca novel...boleh kata hobi la kan..
lelaki pulak amacam??? baca novel jugak ke? tapi jangan terkejut, sememangnya ada laki yang suka baca novel tau!!
x kisah lah suka atau x kan..

ramai orang cakap sapa baca novel ni jiwang karat...
ya ka? fakta dari mana mereka tu pakai yaa?
sebenarnya dengan baca ni kita akan dapat jadi diri orang lain..
senang cakap..kita bayangkan watak utama dalam novel tu adalah kita..
suka duka yang dilalui watak tu kita akan rasa..
kadang2 sampai menangis pun boleh jadi kalau sampai part sedih..
tu perkara biasa la kan...

bagaimana pulak dengan orang yang x dapat rasa apa2 perasaan masa dia baca novel?
salah penulis novel tu yang x reti tulis atau orang yang baca tu sememangnya x ada perasaan?
tapi jangan pelik!! sememangnya ada orang yang macam ni..
ini maknanya perasaan orang tu dah mati atau hampir mati..

kenapa aku cakap macam tu?
selalunya mereka ni x mempunyai banyak pengalaman hidup yang menyedihkan dan mencabar..
lagi..orang macam ni akan ambil masa yang lama untuk faham perasaan orang lain..
egonya tinggi untuk menunjukkan perasaan walaupun untuk diri sendiri..ya la kan..orang baca novel selalunya dalam bilik, duduk sorang-sorang..
nak nangis ka pa orang lain mana tau..nak keluarkan hingus leleh-leleh pun boleh..
so nak malu apa...''

pic ni aku cilok kat google!!

novel yang bagus untuk test perasaan
> ombak rindu_
> andai itu takdirnya_siti rosmizsh

*aku bukan nak promot novel ya....cuma bagi cadangan aja*

Thursday, 23 June 2011

~SEGMEN :: JOM KIPAS BLOGGER~

hai semua..
hari ni aku nak main kipas2 pulak...
ohhh panas panas..
tolon tolon>>apa aku merepek ni..

*aku agak hppy hari ni sebab*

~pertama_segmen ni diajak sndiri oleh tuan nya blog (kak diana)
     =sebenarnya aku dah baca segmen ni sebelum kak diana ajak..tapi aku segan nak join sebab hadian nya adalah>>kak diana nak promot blog sapa yang menang kat blog dy..aku malu kalu aku menang n dy akan promot blog aku sebab blog aku belum ada apa2 lagi yang menarik!!!...perasan macan nak menang..weeeek

~kedua_aku bejaya pasang button reply dekat commen>>tuto dari kak diana jugak..hahha


dah jangan merapu

sekarang aku nak istihar yang aku JOIN segmen ini


blog mana aku nak kipas
*
*
*
*
*
>kenapa aku pilih blog ni__sebab dy adalah orang pertama yang jadi follower aku <
orang nya pun comel dan manja (@_@)



harap jangan menang(hari hati)

~sekian~

Wednesday, 22 June 2011

~AKU RINDU ABAH~

korang masih ada ayah????
aku dah xda ayah(abah)

sebualan sebelum aku ambik SPM abah aku xciden dan menginggal kan kami untuk slama-lama nya..
hanya Allah saja tau betapa seksa aku waktu tu..
nasib aku ada mak yang sangat tabah..
walaupun aku tau, mak slalu menangis dalam bilik sorang2


sejak kbelakangan ni aku slalu rindu kan abah..
hanya aku dpt sedekahkan al-fatihah saja untuk ubat kan kerinduan aku..
yang pasti ianya x memadai untuk aku hilangkan rindu itu..
bukan aku x redha dengan takdir..
tapi aku manusia biasa yang x lari dari perasaan kehilangan..

*tiap kali aku tengok pic ni mesti aku nangis..x banyak, sikit msti wajip






PESANAN AKU UNTUK SESIAPA YANG MASIH ADA IBU BAPA!!!!
~ hargailah pengorbanan mereka
~jangan jadi anak derhaka..jadilah anak yang soleh/solehah..doakan kebahagiaan mereka
~dengar cakap meraka
~ucapkan terima kasih tiap kali kita dapat sesuatu dari mereka
~sentiasa berkongsi masalah dengan mereka..bukan nak jadi anak yang manja tapi ini akan buat mereka rasa dihargai


~sekian~


Tuesday, 21 June 2011

~TERKESIMA~

HAI SEMUA (@_@)

tujuan aku tulis post ni untuk ucapkan terima kasih pada Moon-Key World kerana telah menaikkan 
bilangan follower aku..


sebelum ni follower aku hanya ada 18 orang saja tu pun kemain susah nak naikkan bilangannya....al-maklum la aku bukannya pandai menulis untuk tarik perhatian blogger untuk follow blog aku


tapi selepas aku try

SEGMEN :: AKU SAYANG BLOG AKU


terus follower aku bertambah walaupun tak banyak tapi tetap membuatkan aku gumbira...syukur!!!

cukup smpai di sini saja yang aku nak tulis...hahha...tak pernah aku buat post waktu petang tau..!!! ni nak buktikan betapa seronoknya aku

tugas aku sekarang adalah --->>> pergi blog blogger yang dah follao aku dan follew balik (@_*)



gambar ni aku curi kat Yahoo! ja



entre ni smbungan daridapa entre yang sebelum ni [ sini ]







Friday, 17 June 2011

~SEGMEN :: AKU SAYANG BLOG AKU :P ~

;-> post puji diri sendiri (@_@)

sumber :-> Moon-Key World


kenapa aku suka blog aku??? 

1.   blog aku simple dan tak serabut...bagi aku la kn..hheeee

2.   aku akan follow balik semua blog yang follow aku..hahaha follower aku pun bru ada 190 orang...harap2 lpas ni makin bertambah la..amin

3.   dan sememangnya aku suka katak...sebab tu blog aku nma "Belog Budak Suka Katak" (@_@)


pesanan untuk hacker..!!

> selamat berblog, sudi2 lah sokong blog aku yang tak seberapa ni <


blog yang aku suka baca plak

Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau -> bila aku stress, aku akan baca blog ni untuk ketawa

senyum-senyum -> aku suka baca entre yang berkaitan anak dy MAISARA



WASALAM 





Thursday, 9 June 2011

~BERITA :: RTM tidak patut abai siaran langsung Sukan Malaysia ~

SAYA ingin menarik perhatian mengenai kekurangan sambutan terhadap Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-14 yang berlangsung di Kuala Lumpur sekarang. Malah mungkin ramai juga yang tidak menyedari berlangsungnya SUKMA kali ini. 

Bagi saya, promosi mengenai SUKMA untuk tahun ini amat bekurangan. Walaupun dikhabarkan SUKMA kali ini adalah paling kurang menelan kos seperti kejohanan lalu tetapi kenapa kemeriahannya turut kurang mendapat sambutan. Apa yang mengecewakan tiada siaran langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti SUKMA di Terengganu dan Melaka. Siaran langsung kini disiarkan oleh ASTRO Arena.


SAYA ingin menarik perhatian mengenai kekurangan sambutan terhadap Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-14 yang berlangsung di Kuala Lumpur sekarang. Malah mungkin ramai juga yang tidak menyedari berlangsungnya SUKMA kali ini. 

Bagi saya, promosi mengenai SUKMA untuk tahun ini amat bekurangan. Walaupun dikhabarkan SUKMA kali ini adalah paling kurang menelan kos seperti kejohanan lalu tetapi kenapa kemeriahannya turut kurang mendapat sambutan.

Apa yang mengecewakan tiada siaran langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti SUKMA di Terengganu dan Melaka. Siaran langsung kini disiarkan oleh ASTRO Arena. (KALUA XDA ASTRO CAM NA NAK TENGOK!!!)

Monday, 6 June 2011

JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG

...halu...

tadi aku meronda-ronda dalam alam maya ni..
tetiba aku terjumpa entri "JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG"

apa lagi..aku trus try..almaklum lah'' blog aku ni kira baru jugak diwujudkan


entri tu berbunyi>>>>>>


Santai Bersama BEN ASHAARI

Amaran keras ! Jangan tipu untuk segmen ini .. Kejujuran diperlukan di sini .. okeh ? 
Memandangkan ramai sangat skang ni blogger baru , apa kata kita saling bertukar link blog antara satu sama lain ? Amacam ? Aku cuma jadi pengantara jer ...
Caranya mudah saja.. Setiap blog yang ingin join ni , perlu ada satu BLOG LIST yang baru ( bagi pengguna blogspot , sila add widget > blog list ) ...atau boleh je guna bloglist yang lama .. terpulang ..
Kemudian ,sila  pilih blog dari SENARAI BLOG yang akan dinaikkan nanti .. Dan tinggalkan komen di blog mereka dengan mengatakan bahawa SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA ...
Jika ada respon nanti dari blogger tersebut , maka masukkanlah link blog tersebut ke dalam blog list di blog anda .. Mudah kan ? Kira tukar suka sama suka laa..
Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan trafik anda secara tidak langsung .. Ok ? Amacam ? Setuju ? tiada paksaan tau !! Haaa...
Jika berminat , sila buat satu entri ...
  1. Letak header Ben Ashaari Blog ...
  2. Tajuk : JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG dan linkkan ke blog ini ..
  3. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen entri ini ..
Tu jer.. Sekali lagi , perlukan kejujuran di sini yer ... Tamo tipu tipu yer .. hehehe ... InsyaAllah .. kita sama sama saling membantu .. Bila dah siap semua , jgn lupa undi aku di DIGI tu yer.. klik je ikon kat atas tu .. hehe.. TQQQ ...


jika kamu juga mahu klip sini

DENGAN INI SAYA JOIN ENTRI INI!!!

Friday, 3 June 2011

~BUDI BAIK DI BALAS BAIK~

ceritanya bermula begini...ceh macam cerita budak-budak pulak...

sorang member aku telah mintak bantuan aku bayar sewa rumah untuk semester ni masa time semester break hari tu disebabkan hanya aku yang tinggal di PERLIS yang permai ni...aku dengan ikhlasnya pergi la bayar...ehh ikhlas pun cakap ka?...dia bank in kat duit dalam bank aku, aku keluarkan dan pergi bayar dekat tuan rumah...tapi ini tak menjadi isu yang sekarang...


tamat saja cuti semester aku and the gang pergi kelas macam sem-sem yang lepas...tetiba member yang suruh aku bayarkan rumah sewa tu datang kat aku...DIA bagi seketing kertas dengan syarat sampai kolej baru boleh tengok apa yang DIA bagi sebagai upah aku tolong bayar rumah sewa tu...
alangkah terkejut bewak nya aku...kertas yang aku sangka kertas biasa adalah duit RM50...kerja aku yang hanya p ambik duit kat bank and p bayar ja...upah sampai RM50...huuuuuuuu lumayan habis!!!!!!!!

bila aku nak bagi balik duit RM50 yang aku rasa tak padan dengan kerja aku, DIA tak mau ambik...
jujur la aku kata sapa tak suka kalau orang bagi duit sebanyak tu...tapi aku sengan untuk terima walaupun member-member aku yang lain suruh terima ja duit tu...tah la, berat untuk aku ambik duit tu...tapi dah orang bagi aku ambik jugak dengan niat tak nak guna langsung duit RM50 tu!!!! aku akan simpan sebagai kenangan...ceh''' poyo ja ayat

apa-apa pun...sekiranya DIA baca blog aku...
aku nak ucap terima kasih banyak-banyak coz bagi upah yang cukup lumayan...



 wasalam

Wednesday, 1 June 2011

~PAKU ATAS PAKU~

hai...
penah main tak satu pemainan yang menguji minda menggunakan paku semata-mata?

syarat pemainan:
         >  hanya menggunakan paku sama saiz sebanyak 12 batang
         >  menggunakan otak untuk fikir macam na nak dirikan 11 paku atas 1 paku tanpa menggunakan       
             sebarang bantuan tali

sama sekolah dulu cikgu aku pernah bagi tugasan untuk selesaikan masalah ini, jenuh jugak la otak ni nak fikirkan...last sekali ada la sorang member aku yang bole selesaikan....kembang la hidung dia 7 hari sebab cikgu puji terlebih kat dia padat selesaikan masalah paku-paku alah tu...


kalau korang pandai..try la buat!!!!!!







contoh aku bagi sikit untuk memudahkat otak korang berfikir.........>>>>


Tuesday, 17 May 2011

~NYAM-NYAM YANG LAZAT~

hai semua..(macam la blog aku banyak follower nak hai hai)
aku nak cerita tentang 1 jenis jajan
tadi masa aku keluar dengan sepupu ke bandar besar kangar tetipa aku tenampak NYAM-NYAM...
dengan tak malunya terus aku beli
da lama aku tak makan jajan ni....rindu owww
dulu benda ni murah ja..1 ringgit..
tapi sekarang dah RM1.30....maknanya da naik 30sen..teruk betul
tapi demi NYAM-NYAM aku beli jugak 

nyam-nyam yang da habis aku makam
DULU.....
aku ingat lagi betapa aku suka makan benda ni
penah sekali masa kecik2 dalam 5 tahun dulu kot..aku betul2 bahawwa nak makan tapi mak tak mau p beli kat aku..last selaki menggunakan otak yang waras dan pandai2 cerdik waktu tu aku pun p beli NYAM-NYAM naik basikal yang beroda 4..
 sampai ja kat kedai, aku dengan bangganya p ambik 1 NYAM-NYAM dan terus ke kuanter nak bayar...
 tapi aku bengang gila kat toke kedia tu tak nak bagi aku beli sebab aku bagi duit 10sen (bagi aku 10sen tu sama la dengan 1ringgit)...mana la aku tahu kira duit kan...
aku da nak nangis dah....

 tiba2 aku dengar suara orang gelak..
dengan keberanian yang tinggal sesemut aku toleh kat suara tu...
tekejut katak aku..rupanya abah dok bediri baik punya tepi kuanter..
ada 2 sebab aku tekejut..1 sebab aku malu kat toke kedai tu dan 1 lagi sebabnya aku kantoi dengan abah aku p kedai sorang2..ni mesti mak aku yang report aku abah (kedai yang aku p tu depan sekolah abah aku mengajar ja)

balik rumah free ja aku kene ceramah perdana yang bertajuk  "KESELAMATAN"

KINI..
setiap kali aku tengok NYAM-NYAM..mesti aku akan teringat arwah abah aku...(-_-)

Sunday, 8 May 2011

~PANJAT PAGAR BELAKANG SEKOLAH~

tetiba teringan nak cita alkisah zaman skolah dolo-dolo pulak...aku dulu memang aktif dalam sukan terutama hoki (almaklun la sekolah sukan nogori)...game lain tu ada la jugak main tu pun jadi bidan terjun ja kalau atlit x cukup...selalunya latihan tiap2 petang ada...tapi aku jarang ponteng sebab aku bosan duduk dalam hostel...so kalau p train tu boleh la kuar untuk beberapa jam..

nak dijadikan cerita...warden hostel kami selalu tak puas hati kat budak2 hoki...apa masalah dia aku ta mau ambik kisah...

kenapa perlu panjat pagar pulak!!!!!...ni semua disebabkan warden tercinta tu la...dia suruh pak guard kunci pintu pagar tu kalau kami balik lambat...ish ish teruk tul...bukan salah kami balik lambat...coach yang selalu lepas lambat..nak wat cam na dah coach kami teramat la syang anak buah dia...tu yang lapas lambat..

disebabkan di atas la berlakunya panjat memanjat pagar...macam2 aksi bole tengok waktu tu...ada yang  muka takut, muka buat berani takut kena kutuk, yang dah macam katak puru lompat dan yang panjat sampai sluar t'carik pun ada...(@_*)



apa2 pun sluanya mendewasakan aku dan menjadikan aku seorang yang lasak...lasak la sangat...weeeekkk



saja je nak tunjuk kasut..
da tak da pic lain yg sesuai utk aku letak
(@_@)



Friday, 6 May 2011

~DUIT TAK ADA~

parah kalau time cuti...duit tak penah nak ada..al-maklum la time cuti parent pun cuti bagi duit kat aku...padahal time cuti ni la nafsu shopping membuak-buak...disebabkan duit tak ada sangat cuti ni, aku jadi penunggu rumah la jawabnya...tapi aku ada tips cam na nak tambah duit waktu cuti..............(@_@)

1. buat muka kesian depan parent...tunjukkan muka yang sehabis kesian.....kalau boleh bodek la sikit parent tu...macam ni...........


2. kalau  masih ada datuk or nenek try kecek duit kat diorang...selalunya datuk or nenek tak kan bekira dengan cucu...tapi jangan la selalu, nanti tak pasal kena ketuk dengan cangkul

3. tips ni untuk sesiapa yang ada pacar....masa keluar dengan dia cuba buat-buat tengok satu barang yang niat nak beli dengan sepenuh hati...bila dia tanya nak beli ke? jawab ja ya..tapi xda duit la..emmm jom la...cakap dengan nada yang sayu...kalau dapat buah hati yang prihatin mesti dia beli (aku penah buat kot)

4. pecah kan tabung..tu pun kalau masih ada duit dalam tu la...kalau tak, tak yah buang tenaga la..

tapi jikalau tak dapat jugak tips yang diatas tu makna nya...pergi kerja la weee......duit tak datang merangkak depan mata...

Wednesday, 4 May 2011

~BUATMU IBU~

tetiba ja malam ni aku teringat lagu ni..

Aeman

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

~ANAK KUCING~

arr boringnya cuti sem ni...emmm meh aku cita tentang anak kucing yang baru lahir....
kerja cuti ni layan perangai dalam alam anak-anak kucing aku..
tok bidan untuk baby-baby tu adalah adik aku..

bangun ja pagi-pagi aku tengok baby-baby tu dah melata 1 rumah, kalau pintu bilik tak tutup alamatnya jadi tempat main ekor-ekor tu la wajabnya.  (@_@)

masa baru baby ni baru lahir mata pun tak boleh buka...ehh ada ka anak kucing lahir-lahir terus boleh tengok dunia...tak da tak da..tu la, tau pasal katak ja..

malas aku cita panjang-panjang..meh tengok baby-baby aku

pic ni masa baby baby tu baru lahir
time ni tak da nama lagi

hihi...dok isap nenen

aksi bahaya!!!! jangan tiru ok

time ni dah ada nama
dari kiri brisia (paling kecik), lotter, marcho, jenet (sebab ekor dy bentuk "J")

huhu.....abis bantal aku
mak...ooowww mak..lapar niii
haaa...yang ni bukan bapak yang menggomol kucing aku sampai keluar anak halal tu yeee

: : k lah...aku nak p shoping dulu..kalau rajin komen la dibawah..........(@_@)



Monday, 2 May 2011

~KEKASAIH ATAU KAWAN~

antara kekasih atau kawan siapa yang lebih bermakna dalam hidup kita? 
bagi aku kawan adalah segala-galanya selain keluarga. hidup tanda kawan macam hidup dalam gua kelam.. kekasih hanya penyeri hidup dikala suka ja...bila da break, yang nampak indah masa becinta pasti akan jadi jadi taik musuh, tapi persahabatan antara kawan susah akan terputus.



kenapa aku cakap macam tu.?


1.kalau bercinta bagai nak rat pun, kalau putus mesti cari kawan jugak walaupun masa in relationship dulu lupa kawan.

2. selalunya kawanlah yang akan tolong kalau pakwe and makwe tu begaduh.(tolong damaikan la)

3. emm selalunya la, masa mula-mula kenal kawan la yang jadi peneman tak bergaji..walaupun kawan malas nak ikut..last sekali mesti ikut pemankan jugak sebab kesiankan kawan.(dah rapat dengan kekasaih kawan tak diperlukan lagi, nanti kacau daun)





bagi aku kalau baru bercinta tak payah terlalu over sangat dengan pasangan. kalau dah sure akan kawin dengan buah hati pujaan jantung tu tak kisah la kan. ni tidak, baru umur setahun jagung dah pandai becinta sampai lupa keadan sekeliling. kalau break, kawan jugak la tempat mengadu sebab nak becita kat parent bahawa sa nya sidiri baru lepas break denagn sipolan tu mesti la malu dan takut kena marah..so kawan la yang akan dicari.


: : hargailah kawan walaupun dia tidaklah sehebat yang kita fikirkan : :

Sunday, 24 April 2011

~KATAK~

kenapa blog aku nama BeLoG BuDaK SuKa KaTak
and
ada pula gambar katak di profile aku
*
*
*
*
*
*
*
sebab aku suka katak
(@_@)