Sunday 31 July 2011

~OTAK : CIKGU~

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
......Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada

Friday 15 July 2011

~MY STORY~

HAI..
dah lama aku tak post apa-apa di sini..
sorry ya..aku tak nak nanti ada yang cakap aku hangat-hangat tahi ayam ja dengan blog ni..
sebenarnya aku agak sebuk dan tak da idea nak tulis..

tapi malam ni aku nak tunjuk apa yang aku buat sampai blog aku jadi sunyi =)


aku p tengok robot besar kat belakang tu
dengan member kelas
di JITRA mall dan ronda-ronda 1 Alor Setar


terpaksa p kem bomba selama 3 hari 2 malam
walaupun buat dalam UiTM saja
tapi ianya sangat BEST!!


panjat Gua Sami @Gua Cenderawasih
bersama my friend



* sememangnya aku adalah kaki jalan..kalau boleh semua tempat aku nak pergi..(@_@)