Saturday 20 August 2011

~KUCING AKU DAH BESAR~

hai semua..
dah lama tak menulis di sini.
rindu rasanya nak berkongsi cerita (@_@)

dulu aku ada cerita tentang anak kucing aku yang baru dilahirkan [sini]
hari ni aku nak tujuk perkembangan kucing-kucing kesayangan aku tu

disebabkan agak lama aku tak balik ke rumah
perkembangan kucing-kucing tu aku tak berapa tahu sangat
sekali aku balik......tengok-tengok 4 ekor  tu dal besar dan makin buas
time kucing-kucing tu aktif habis satu rumah jadi tempat main...
memang riuh macam dalam rumah tu ada budak kecil ja..

time makan lagi la bising...
lagi tak dapat lagi meragam
pening pening

nak tengok kucing-kucing aku???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
tada


p/s : kucing aku letih study sejarah + mat = tidor

Tuesday 2 August 2011

~RAMADAN SENTIASA MENGUJI DIRIKU~

alhamdulillah aku masih bernyawa untuk merasai nikmat ramadan pada kali ini

ramadan kali ini aku sambut dengan kesedihan lagi..berita yang aku terima amat membuatkan aku terkilan..seorang yang aku menumpang kasih setelah pemergian abah aku pada 14 ramadan 2 tahun dahulu kini telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga..ahad minggu lepas aku dan keluarga pergi melawat pak jang(adik kepada arwah abahku) yang kini makin teruk penyakitnya di Island Hospital Pulau Pinang...
sayu hati aku tengok keadaan pakjang..percakapannya sedah terbatas..pergerakannya pun dah tak selincah dulu..

ya Allah..kau uji ramadanku sebegini rupa..aku terima..tapi tolong jangan Kau uji dengan perpisahan..aku tak sanggup hadapinya lagi..

;(

Sunday 31 July 2011

~OTAK : CIKGU~

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
......Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada

Friday 15 July 2011

~MY STORY~

HAI..
dah lama aku tak post apa-apa di sini..
sorry ya..aku tak nak nanti ada yang cakap aku hangat-hangat tahi ayam ja dengan blog ni..
sebenarnya aku agak sebuk dan tak da idea nak tulis..

tapi malam ni aku nak tunjuk apa yang aku buat sampai blog aku jadi sunyi =)


aku p tengok robot besar kat belakang tu
dengan member kelas
di JITRA mall dan ronda-ronda 1 Alor Setar


terpaksa p kem bomba selama 3 hari 2 malam
walaupun buat dalam UiTM saja
tapi ianya sangat BEST!!


panjat Gua Sami @Gua Cenderawasih
bersama my friend



* sememangnya aku adalah kaki jalan..kalau boleh semua tempat aku nak pergi..(@_@)

Saturday 25 June 2011

~TEST PERASAAN DGN NOVEL~

HAI SEMUA..

sihat? kalua x sihat cepat2 pergi hospital yee
jaga kesihatan tu penting untuk diri sendiri...
dan penting juga untuk mak bapak..
kalau x sihat nanti habis duit diorang untuk bayar duit beli ubat..

pernah baca novel?
kalau perempuan tu selalunya memang suka baca novel...boleh kata hobi la kan..
lelaki pulak amacam??? baca novel jugak ke? tapi jangan terkejut, sememangnya ada laki yang suka baca novel tau!!
x kisah lah suka atau x kan..

ramai orang cakap sapa baca novel ni jiwang karat...
ya ka? fakta dari mana mereka tu pakai yaa?
sebenarnya dengan baca ni kita akan dapat jadi diri orang lain..
senang cakap..kita bayangkan watak utama dalam novel tu adalah kita..
suka duka yang dilalui watak tu kita akan rasa..
kadang2 sampai menangis pun boleh jadi kalau sampai part sedih..
tu perkara biasa la kan...

bagaimana pulak dengan orang yang x dapat rasa apa2 perasaan masa dia baca novel?
salah penulis novel tu yang x reti tulis atau orang yang baca tu sememangnya x ada perasaan?
tapi jangan pelik!! sememangnya ada orang yang macam ni..
ini maknanya perasaan orang tu dah mati atau hampir mati..

kenapa aku cakap macam tu?
selalunya mereka ni x mempunyai banyak pengalaman hidup yang menyedihkan dan mencabar..
lagi..orang macam ni akan ambil masa yang lama untuk faham perasaan orang lain..
egonya tinggi untuk menunjukkan perasaan walaupun untuk diri sendiri..ya la kan..orang baca novel selalunya dalam bilik, duduk sorang-sorang..
nak nangis ka pa orang lain mana tau..nak keluarkan hingus leleh-leleh pun boleh..
so nak malu apa...''

pic ni aku cilok kat google!!

novel yang bagus untuk test perasaan
> ombak rindu_
> andai itu takdirnya_siti rosmizsh

*aku bukan nak promot novel ya....cuma bagi cadangan aja*

Thursday 23 June 2011

~SEGMEN :: JOM KIPAS BLOGGER~

hai semua..
hari ni aku nak main kipas2 pulak...
ohhh panas panas..
tolon tolon>>apa aku merepek ni..

*aku agak hppy hari ni sebab*

~pertama_segmen ni diajak sndiri oleh tuan nya blog (kak diana)
     =sebenarnya aku dah baca segmen ni sebelum kak diana ajak..tapi aku segan nak join sebab hadian nya adalah>>kak diana nak promot blog sapa yang menang kat blog dy..aku malu kalu aku menang n dy akan promot blog aku sebab blog aku belum ada apa2 lagi yang menarik!!!...perasan macan nak menang..weeeek

~kedua_aku bejaya pasang button reply dekat commen>>tuto dari kak diana jugak..hahha


dah jangan merapu

sekarang aku nak istihar yang aku JOIN segmen ini


blog mana aku nak kipas
*
*
*
*
*
>kenapa aku pilih blog ni__sebab dy adalah orang pertama yang jadi follower aku <
orang nya pun comel dan manja (@_@)



harap jangan menang(hari hati)

~sekian~

Wednesday 22 June 2011

~AKU RINDU ABAH~

korang masih ada ayah????
aku dah xda ayah(abah)

sebualan sebelum aku ambik SPM abah aku xciden dan menginggal kan kami untuk slama-lama nya..
hanya Allah saja tau betapa seksa aku waktu tu..
nasib aku ada mak yang sangat tabah..
walaupun aku tau, mak slalu menangis dalam bilik sorang2


sejak kbelakangan ni aku slalu rindu kan abah..
hanya aku dpt sedekahkan al-fatihah saja untuk ubat kan kerinduan aku..
yang pasti ianya x memadai untuk aku hilangkan rindu itu..
bukan aku x redha dengan takdir..
tapi aku manusia biasa yang x lari dari perasaan kehilangan..

*tiap kali aku tengok pic ni mesti aku nangis..x banyak, sikit msti wajip






PESANAN AKU UNTUK SESIAPA YANG MASIH ADA IBU BAPA!!!!
~ hargailah pengorbanan mereka
~jangan jadi anak derhaka..jadilah anak yang soleh/solehah..doakan kebahagiaan mereka
~dengar cakap meraka
~ucapkan terima kasih tiap kali kita dapat sesuatu dari mereka
~sentiasa berkongsi masalah dengan mereka..bukan nak jadi anak yang manja tapi ini akan buat mereka rasa dihargai


~sekian~